BDSwiss

Muat turun MT5 untuk Mac

Memasang MT5 BDSwiss di MACC

Platform dagangan Forex dan CFD MT5 BDSwiss dilengkapi dengan pelbagai ciri hebat yang melebihi kemampuan platform terdahulu iaitu MT4. Menampilkan lebih daripada 250 aset forex dan CFD termasuk pasangan forex, logam, tenaga, mata wang kripto, indeks dan ekuiti; platform MT5 BDSwiss tersedia untuk semua pengguna Mac OS kami, boleh dimuat turun secara terus ke komputer anda hanya dengan beberapa langkah mudah.

Sila ikut langkah-langkah di bawah untuk memasang Platform MT5 BDSwiss di Mac anda:

1. Klik “Muat Turun Sekarang” untuk mula memuat turun.


Modal anda berhadapan risiko. Tertakluk T&S.

2. Selepas muat turun selesai, tetingkap pemasangan akan terbuka secara automatik. Jika tidak, sila pergi ke folder muat turun anda dan ekstrak kandungan fail zip tersebut dengan mengklik dua kali pada folder.

BDSwiss MT5 MAC

3. Sekiranya sistem pengendalian Mac anda ialah OS X Mountain Lion atau OS X Lion, sila klik kanan pada ikon aplikasi dan pilih Buka daripada menu konteks. Jangan klik dua kali pada fail yang tidak dinyahzipkan kerana “ralat” akan dipaparkan disebabkan fail itu tidak dimuat turun daripada Mac App Store.

BDSwiss MT5 MAC

4. Klik “Buka” dalam tetingkap dialog baru apabila diminta dan tunggu sehingga Platform MT5 BDSwiss dibuka.

BDSwiss MT5 MAC

5. Tunggu sebentar sehingga Platform MT5 Forex BDSwiss dilancarkan dan apabila sudah terbuka, klik Batal pada tetingkap Pencari Pelayan yang ditunjukkan di bawah.

BDSwiss MT5 MAC

6. Log masuk ke akaun dagangan MT5 anda menggunakan kod log masuk yang boleh ditemui di papan pemuka akaun BDSwiss anda dan kata laluan peribadi anda.

BDSwiss MT5 MAC

* Perisian ini menggunakan Wine dan WineBottler, iaitu perisian sumber terbuka dan percuma yang dikeluarkan di bawah lesen LGPLv2.1+.

Amaran Risiko: Dagangan dalam Forex/CFD dan Terbitan Lain amat berspekulasi dan mempunyai tahap risiko yang tinggi. Pendedahan Risiko Umum